Beranjak .COM, .WED Telah Tiba!
Jadikan laman web perkahwinan anda suatu yang istimewa.
MeandMyLove.wed menyatakan segalanya!
Contoh-contoh laman web perkahwinan .WED
Testimonial .WED
Mempunyai laman web perkahwinan ternyata cukup membantu perkahwinan kami... Ryan dan saya dapat mengemas kini senarai jemputan kami dari semasa ke semasa sama ada berkaitan maklumat tempat letak kereta, penunjuk arah lokasi majlis juga berkaitan maklum balas kehadiran (RSVP) para tamu. Malah semenjak kami mempunyai laman web ini, kami berpeluang bertanyakan pendapat para tamu ketika mereka membuat pengesahan kehadiran (RSVP); contohnya berkaitan lagu apa yang mereka ingin dengar di hari majlis, juga pendapat mereka tentang lagu terbaik untuk tarian pertama kami dan apa pilihan makanan yang dihajati.
Memiliki laman web perkahwinan, bagaikan BONUS! Cukup mudah, selepas majlis berlangsung, kami dapat mengirimkan pautan melalui laman web perkahwinan kami kepada video juga galeri gambar jurugambar kami dan galeri photo-booth.
Memudahkan, terutamanya bagi mereka yang tidak dapat hadir ke majlis kami dan turut ingin merasai kemeriahan majlis yang berlangsung. Malah ia praktikal bagi mereka yang ingin mendapatkan salinan tambahan bagi gambar-gambar berkaitan.
Ribuan terima kasih kepada Adrienne dan pasukannya kerana telah menawarkan kemudahan ini yang telah menjadikan hari berbahagia saya suatu yang sangat bermakna...
- Ryan dan Michelle dari Toronto, Canada
Manfaat laman web .WED:
- Kurang panggilan telefon – Anda mampu memaksimumkan masa menikmati keraian majlis perkahwinan berdua juga bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Alamat laman Internet lebih pendek, mudah diingati dan senang dicari - www.AdamdanSara.WED.
- Kongsi kisah bahagia perkahwinan anda secara persendirian mahupun secara sebaran umum, anda empunya laman web tersebut.
- Tiada lagi kekeliruan, nama domain anda adalah khusus didedikasikan sempena perkahwinan anda.
- Sebarang perubahan yang berkaitan dapat dibuat dengan cepat dan mudah.
Membuat laman web .WED:
Langkah 1) Beli nama domain .WED anda dari Nominate.wed sebelum beberapa pasangan bertuah yang lain mendapatkannya.
Langkah 2) Bina laman web perkahwinan yang indah... Lihat beberapa penyedia laman web perkahwinan di dalam Soalan-soalan Lazim kami.
Langkah 3) Gantikan URL panjang penyedia laman web perkahwinan anda dengan nama domain .WED anda menggunakan Soalan-soalan Lazim.
Langkah 4) Lalui detik-detik bahagia perkahwinan anda dan nikmati memori indah kehidupan baharu anda berdua!

Berikut adalah senarai vendor yang menjual nama domain .WED:
Tahun 2014, dunia Internet bakal berdepan dengan perubahan yang menakjubkan. 1000 laman domain baharu (new generic top level domains) akan dikeluarkan berbanding tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program ICANN (new generic top level domain [gTLD baharu]) untuk mewujudkan lebih banyak pilihan nama domain untuk pengguna. Tiada lagi .COM, .ORG, .NET, .BIZ mahupun kod-kod mewakili negara yang menguasai pasaran.
Bersedia untuk .WED! gTLD baharu, dengan misi menawarkan pasangan-pasangan pengantin dengan pilihan nama-nama domain .WED yang dihajatkan. Tiada lagi pasangan pengantin yang akan terjebak dengan sambungan nama domain .COM yang tidak sepatutnya atau alamat URL yang panjang dari laman-laman domain kedua. Nama domain .WED dijual kepada pasangan untuk satu atau dua tahun bagi meraikan perkahwinan mereka. Nama domain tersebut kemudiannya berpeluang penggunaannya kepada pasangan yang lain pula.

Memiliki laman kasih, laman web anda sendiri khas meraikan hari teristimewa anda bersama si dia yang tercinta, pastinya merupakan suatu pengabadian memori terindah yang begitu sempurna. Laman AdamdanSara.WED; Adam dan Sara boleh memiliki laman kasih ini untuk satu tahun juga dua tahun kemudian, sekalipun untuk tahun-tahun yang akan datang. Suatu KEABADIAN CINTA. Kami ingin menawarkan anda nama domain yang terbaik untuk hari berbahagia anda.
.WED turut menambah keistimewaan bersama nama domain yang dimiliki pasangan pengantin yang baharu berkahwin. Selain melepaskan laman web anda selepas tempoh dua tahun, anda boleh mengemas kini nama domain laman kasih anda ini untuk meraikan kelahiran cahaya mata anda kelak (AdamdanSara.Bayi.WED) atau menyimpan laman .WED anda untuk tempoh lebih lama daripada dua tahun.
Nama domain .WED di peringkat ketiga (contohnya, AdamdanSara.baru-berkahwin.WED), boleh dibeli sehingga 10 tahun. Lebih keistimewaan, lebih kegembiraan yang boleh dikongsi bersama. Membolehkan anda berkongsi kisah-kisah bahagia, keceriaan dan informasi-informasi menarik sepanjang tahun-tahun penuh memori, bersama keluarga dan teman secara peribadi mahupun sebaran umum.
Klik di sini untuk soalan-soalan lazim bersama .WED

Inginkan laman .WED untuk perniagaan anda?
Telah memiliki laman .COM, namun laman .WED juga diperlukan untuk perniagaan anda? Jika anda mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan yang menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada bakal pengantin, dan anda ingin menjadi penjual semula (reseller). Yuran pembaharuan tahun ketiga untuk nama domain .WED akan menjadi $30,000 USD atau lebih daripada harga tahun pertama dan harga tahun kedua bagi mendapatkan semula nama domain perolehan dan membolehkan lebih banyak pasangan untuk mempunyai nama domain .WED pilihan mereka.
Klik di sini untuk soalan-soalan lazim bersama .WED
Klik di sini untuk soalan-soalan lazim bersama .WED